Tuesday 24 February 2015

C.I.N.T.A

Bila berkata soal cinta, terlintas dalam minda kita, kasih sayang antara 2 orang berlainan jantina. Terlalu sempit kita mendefinasikan apa itu cinta? Atas sebab ini, cinta itu telah diberi erti yang terlalu negatif dari positif. 

Cinta yang suci sudah tercemar.

Aku bukan mahu berbicara tentang cinta antara pasangan, mungkin juga bukan cinta skala keluarga.

" Cinta pada ilmu. Atau lebih dekat lagi, cinta dalam sistem pendidikan "

Itu yang aku cuba bicarakan berdasarkan pengalaman hidup sendiri dan orang sekeliling.

Awal bicara, aku ingin menyingkap 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun peringkat menengah, 1 tahun matrikulasi dan 5 tahun (mungkin) di puncak pendidikan, universiti.

Percaya atau tidak, matlamat aku belajar di semua peringkat ini adalah sama iaitu mengejar keputusan yang cemerlang. Dengan kata mudah, aku inginkan gred keputusan peperiksaan yang baik iaitu gred 4 atau pointer 4.0. Ini realiti yang perlu aku akui.

Peringkat sekolah rendah, aku berada bersama mereka yang orang kategorikan lemah akademik. Kami berada di kelas belakang. 

Paling Berjaya, aku berada di kelas nombor 2. Boleh aku rekodkan dalam buku catatan aku lah. 

Aku tidak berminat untuk bersaing mendapat tempat kelas pertama. Aku suka berada di kelas belakang. Mungkin kawan-kawan aku ramai di sana.

Persaingan ini telah menyebabkan berlaku pecahan kepada pelajar atau murid. Yang pandai dikumpulkan di kelas hadapan. Dan yang bodoh (perkataan negatif) berada di kelas belakang. 

Kau harus percaya, yang pandai akan lebih mendapat tempat di hati sekolah dan mungkin cikgu. Banyak cara dilakukan pada mereka bagi memastikan mereka terus berjaya. 

Malangnya, mereka yang berada di kelas belakang, akan terus dilupakan. Hilang dari pandangan sekolah. Mungkin aku silap. Tapi ini yang aku perhatikan hampir 11 tahun.

Ini tidak adil bagi aku. Akhirnya, kau lihat. Mereka yang pandai ini akan mendominasi strata masyarakat atasan dan yang bodoh akan berada di kelas bawahan. 

Maaf, itu selingan pendapat aku. 

Aku teruskan.

Terkejut dengan keputusan UPSR, aku ditempatkan di kelas pertama di peringkat sekolah menengah. Mula aku rancang proses memberontak dalam diri. Hasilnya, tiap kali peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, aku berjaya mendapat nombor paling belakang. 

Tingkatan 3 sampai SPM, Allah permudahkan urusan aku dalam menuntut ilmu. Mungkin aku cemerlang. Tapi, kini aku sedar, kecermelangan aku itu kosong, tiada jiwa. Sama juga di peringkat matrikulasi. Berjaya memang berjaya. Saat itu aku sungguh gembira. Tapi kini, entah kenapa, aku berada berjaya itu tidak memberi aku maksud bahagia.

Aku boleh konklusikan, faktor kematangan berada dalam system pendidikan ini, dan pengaruh orang sekeliling telah merubah sedikit sebanyak daya aku melihat maksud pendidikan itu. 

Aku rasa, aku tidak CINTA pada ilmu. Aku hanya mengejar gred yang baik, pointer yang tinggi. Aku cukup takut pada makna gagal. Tapi aku tidak takut, CINTA pad ilmu itu hilang dari diri aku.

Bila terlalu mengejar kejayaan berbentuk sebegini, aku jadi tertekan. Aku belajar hanya kerana peperiksaan. Aku harus lulus. Aku harus mendapat pointer yang terbaik. Jika aku gagal, aku hilang hak pekerjaan selepas tamat belajar.

Aku turut terlibat dalam persaingan yang aku maksud di atas. 

Inikah tujuan sebenar aku berada di tempat yang ILMU itu subur?

Aku berfikir, dan aku harus berubah. Jika CINTA itu mekar dalam diri, aku akan lebih komited dalam mencari ilmu. Aku harus jadi manusia yang dahagakan ilmu. Jika aku gagal mencari maksud ilmu, aku akan mati kehausan.

Kejayaan akan datang, bila aku bersungguh-sungguh mengejar ilmu. InsyaAllah, aku harus yakin pada janji Allah.




CINTA,
Aku harus suburkan CINTA dalam diri aku,
Bukan semata-mata cinta pada manusia sahaja,

Sungguh berbeza orang yang berilmu.

Sekian,

Bicara #AG

1 comment:

  1. Hidup berilmu dan hidup cemerlang. Mana satu yang kita mahu?
    Berilmu dan cemerlang. Payah nak dapat tu :)

    #entrydasyat #DakwahKacak #eh

    ReplyDelete