Saturday, 3 January 2015

Menulis untuk Hidup

Bismillah,

Tanggal 2 Januari 2015, bersamaan 11 Rabiulawal 1436 Hijrah, blog pertama aku, 'Amer Gerrard the Typewriter' telah dilancarkan secara rasmi. Haha, memang poyo tahap infiniti.

Niat ingin menyambung penulisan kepada media baru sudah lama aku fikirkan. Mungkin, tahun 2015 telah membuka lembaran baru untuk aku. Keseronokan aku membaca telah menyebabkan aku ingin menulis. Menulis untuk hidup.

Sebelum ini, aku guna ruang media Facebook untuk melontarkan pandangan aku. Kebanyakkannya lahir dari dalam diri aku. Ini semua pengalaman hidup 24 tahun Masihi. Semua yang dilontarkan itu bukan semua betul dan bukan semua juga salah. Kadang kala, tulisan aku dibaca dengan nada yang tidak enak, menyebabkan pembaca menjadi tidak senang duduk. Entah, mungkin itu sebab aku menulis untuk tulisan itu. Membuat orang tidak senang duduk. Haha.

Kenapa poyo sangat nama blog aku? Terima kasih, mentor aku, bakal Dr Gigi. Dia yang mencadangkan nama ini. Menambah 'the Typewriter' pada nama pena aku, nama yang aku gunakan di Facebook dan Instagram. Aku rasa, nama itu okay, dan aku nak gunakan. Maaf, nama ini memang poyo. Yang tidak setuju, tidak mengapa, itu normal kehidupan ini. Jangan rasa bersalah. Tarik nafas, hembus nafas, bersyukur masih bisa bernafas, oksigen ini tidak perlu dibayar. Begitu juga blog aku, tiada bayaran untuk membaca tulisan aku.

InsyaAllah, aku meletakkan sasaran, dalam 1 minggu, akan ada 1 tulisan aku tulis dalam blog ini. Baik dari pembacaan yang aku baca, pengalaman yang aku lalui atau apa sahaja, asalkan ia memberi manfaat untuk semua. Blog ini tiada genre, aku ingin tulis semua. Yang pasti, blog ini bukan tempat memfitnah, mengucar-kacirkan rumah tangga orang, bukan tempat bergaduh fahaman agama. Blog ini tenang, tenang dari sesuatu perkara yang aku tidak tahu. Haha.

Untuk menulis, aku perlu banyak membaca. Aku berazam, 1 minggu, akan aku cuba habiskan 1 buah buku. Mungkin, idea aku, aku akan kongsikan apa yang aku baca dalam blog ini. Kau nak baca? Silakan baca. Buat penilaian sendiri.

Aku malas nak sembang lebih. Tulisan pertama aku ini, hanya untuk pengenalan. Salam pengenalan buat bloggers semua, aku AG, budak baru nak up atau naik. Memang poyo, poyo itu aku.

Sekian,

Nama pena aku #AG

4 comments:

  1. Selamat ber-blogging. Idea yang hebat harus diterjemahkan dan dikongsi bersama. biar lah poyo pun :D

    ReplyDelete