Tuesday 6 January 2015

The Unsung Hero

                                                        
Bismillah

Alhamdulillah,

Dapat menulis untuk tulisan yang kedua. Blog poyo, hadir dari hati budak poyo.

Tajuk 'entry' kali ini ialah 'The unsung hero' atau dalam bahasa tanah air aku, 'Hero yang tidak didendang'. Tajuk dalam bahasa penjajah, jangan kau ingat aku akan menulis dalam bahasa kuasa yang pernah menakluk tanah air aku suatu masa dahulu.


' Kejayaan atau kebangkitan seorang lelaki, hadir dari kekuatan sahabat yang memberikan kekuatan ' 


Tulisan ini, aku dedikasikan khas buat seorang hero sepanjang hampir 4 tahun bertapak di ukm. Hero yang tidak pernah diketahui umum, hero disebalik amer gerrard. Memang poyo!

Karya Buya Hamka, Tenggelamnya kapal Van Der Wijck, sahabat boleh baca buku beliau atau boleh menonton filem hasil karya Sunil Soraya.

Cerita Indonesia memang jauh lebih baik daripada cerita Melayu Malaysia. Itu perlu kita akui. Baik dari segi aspek seni mahupun dari pengajaran yang boleh diambil. Tapi, jangan menutup mata terhadap keburukan yang ada pada karya Indonesia. Baik dan buruk, kita nilai bersama.

Abang Muluk, watak yang mirip sama dengan hero aku di ukm.

Zainudin, pemuda yang mengalami episod kekecewan dalam diri. Cinta sejati, Hayati telah mengkhianti janji setia. Kata-kata pengharapan buat Zainudin telah dimusnahkan dengan sekelip mata. Ketika ini, abang Muluk hadir, buat memberi kekuatan kepada Zainudin. Membangkitkan kembali jiwa anak muda yang hilang penghormatan diri.

Skrip ini sama. Hero yang hadir saat aku mengalami plot kedukaan dalam diri. Waktu aku hilang arah sebentar. Benar, peritnya kegagalan itu hanya orang yang pernah merasai tahu betapa beratnya untuk ditanggung.

Zainudin, pemuda kaya dengan ilmu, ada agama. Bila mana diri telah dilanda kedukaan yang teramat, kita akan hilang pertimbangan diri. Hampir sahaja 1 bulan terlantar di tempat tidur. Hati yang suci, tidak mahu membenarkan cinta sejatinya telah mengkhianati janji setia.

Begitu juga kita. Aku pernah mengalami saat itu. Mungkin tidak seteruk mana jika mahu dibandingkan dengan kekecewaan orang lain. Tapi, kegagalan itu sudah cukup memberi aku pengajaran yang berguna.

Aku kecewa,

Kecewa pada diri sendiri kerana gagal memposisikan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Gagal menjadi anak muda diimpikan keluarga. Paling aku kecewa, gagal bertindak adil, dengan tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya ia berada.

' Kau mesti tegak kembali, harus bangkit! Cuba lihat dunia dengan lebih luas lagi, dan masuk ke dalamnya. Di sana, masih banyak kebahagian dan ketenteraman tersimpan. Kau pasti bisa melakukannya! Untuk mengecap bagaimana nikmat kebahagian dan keberuntungannya ‘


Itu adalah jalan keluar yang diberikan oleh abang Muluk kepada Zainudin. Ini adalah titik tolak kepada bangkitnya anak pemuda selepas kejatuhan. Anak muda memilih untuk bangkit dari kedukaan dengan hadir seorang sahabat di sisi. 

Itu yang berlaku kepada aku. Hadir seorang sahabat di sisi yang menunjukkan aku jalan keluar. Bukan terus berputus asa. Dia, mengajar aku untuk menjadi lelaki yang sebenar. Tidak mudah mengenal erti kalah, erti putus asa. Kegagalan yang lalu itu biarkan ditanam pada waktu lalu. Masa hadapan, masa untuk kita bangkit, memberi sinar baru dalam hidup. 

Sahabat, 

Aku sangat bersyukur, Allah temukan aku dengan kau. Kau telah menunjukkan aku apa makna kehidupan yang sebenar. Jalan keluar telah kau tunjukkan pada aku. Kini, tinggal aku sahaja yang perlu memilih, untuk keluar atau terus hidup dalam dunia kegelapan. 

Ia sekadar sekeping gambar!


Sesungguhnya, kekuatan itu adalah dari Allah. Sahabat sekeliling hanya asbab untuk kita kuat. Mohon kekuatan itu pada Allah. Semoga kita mampu istiqamah dalam usia yang berbaki ini InsyaAllah. 

Maaf, aku tidak mampu memberikan kata-kata indah buat semua. Semoga kamu semua dapat membaca isi hati aku, dan bermanfaat untuk semua.

Sekian,

#AG



No comments:

Post a Comment