Tuesday 22 September 2015

MEDIA SOSIAL UNTUK APA?

Assalamualaikum

Apa khabar pembaca setia saya? Saya di sini sihat sahaja. Saya harap awak berada dalam kesihatan yang baik-baik juga. Ala-ala menulis surat cinta buat kekasih hati pula. Haha

Alhamudillah, pada 22 September 2015 (Selasa), saya telah menghadiri Simposium Usahawan Internet #eNTERWIP anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya hadir bersama kawan saya.



Ini link Facebook kawan saya, Muhammad Amirul Hamlad (https://www.facebook.com/mierulrhe?fref=ts) dan Suleiman Akhlaken (https://www.facebook.com/suleiman.akhlaken.7?fref=nf)

Persoalan PERTAMA yang mungkin pembaca ingin tanyakan pada saya:

" Kenapa hadir program ini? "

Saya harus jujur pada diri sendiri. Saya hadir kerana program ini PERCUMA. Saya tidak perlu mengeluarkan satu(1) sen pon untuk menjadi salah seorang peserta untuk program ini. Tetapi, saya perlu mengeluarkan duit minyak dan duit makan tengahari. Haha.

Persoalan KEDUA yang saya akan jawab:

" Sebab utama hadir program ini? "

Persoalan yang kedua ini mirip pada persoalan pertama. Tetapi, jawapan untuk persoalan kedua ini lebih utama alasan saya hadir ke #eNTERWIP.

" SAYA INGIN MEMBUAT DUIT LEBIH " 

Alasan yang semua individu selalu impikan. Tetapi tiada usaha untuk merealisasikan impian itu. Rezeki itu dari Allah. Allah yang tentukan semua ini. Tetapi kita kena usaha untuk mencapai atau mendapat rezeki itu. Kata orang tua-tua, rezeki tidak datang bergolek.

Persoalan KETIGA saya ingin rungkaikan:

" Kenapa saya menulis ini di blog saya --> amergerrard91.blogspot.my ? "

Saya menulis untuk kongsikan dengan pembaca semua ilmu yang saya terima semasa #eNTERWIP itu. Ia juga telah diminta oleh sahabat saya, Nur Syahidah Zulkifli (https://www.facebook.com/habibatyz?fref=ts)

Tiada lagi persoalan saya ingin jawab, saya akan kongsikan apa yang telah saya terima.

Merujuk kepada tajuk entry saya kali ini:

" MEDIA SOSIAL UNTUK APA? "

Saya pasti, pembaca saya sekurang-kurangnya memiliki akaun Facebook. Atau mungkin tambahan Instagram dan Twitter. Jika pembaca ada minat menulis, pasti ada akaun blog.

Apa yang KITA (Saya tanya pada diri saya sekali) buat dengan akaun media sosial kita ini?

Seorang ahli panel atau lebih mesra SIFU yang hadir pada #eNTERWIP telah memiliki TUJUH(7) ANGKA pada usia 25 tahun hanya dengan memanfaatkan INTERNET.

Saya pada awalnya menggunakan media sosial ini hanya untuk berhubung dengan sahabat. Berkongsi kehidupan dan juga ilmu kepada kawan-kawan di media sosial. Tiada terlintas pada fikiran saya untuk membuat duit melalui media sosial ini.

Selapas tamat belajar dan telah dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi Dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya mula berfikir untuk mencari duit tambahan. Memandangkan saya sekarang perlu menunggu panggilan SPA dan mungkin terpaksa menunggu sehingga 1 tahun dan ke atas, persoalan mengenai duit tambahan ini semakin berlegar dalam fikiran saya.

Persoalan ini yang membawa saya untuk meruntuhkan kekangan dalam diri saya. Saya harus mencari cara untuk merealisasikan impian saya ini.

Persoalan terakhir, BAGAIMANA?

Manfaatkan media sosial kita sebaik mungkin !!!

Sebelum terlupa, memilik duit yang banyak tanpa membuat pelaburan atau simpanan yang baik sememangnya merugikan diri kita. Saya pernah kecewa selama 4 tahun. Pengalaman telah mengajar saya.

Jika pembaca masih mencari jawapan kepada persoalan ini, boleh kita berkongsi sambil minum teh tarik.

Amirudin Jamal
FB: Amer Gerrard (https://www.facebook.com/si.masquerade)
H/P: 012-6927305




No comments:

Post a Comment