Thursday 15 January 2015

Projek Iqra'

Bismillah

Alhamdulillah.

Tenangkan diri, perlahan-lahan tarik nafas, rasakan nikmat oksigen yang dihirup masuk ke otak. Memberi kita fikiran yang waras, jantung masih lagi berdegup. Lepaskan perlahan-lahan.

Bagaimana perasaan kita?

Apa perlu dibayar oksigen itu?

3.26 petang, sambil mendengar lagu alunan Nick Jonas (Jonas Brothers). Tulisan aku yang seterusnya berkaitan Projek Iqra'. Ini adalah projek rasmi aku bermula tahun 2015 Masihi atau 1436 Hijrah ini.

Aku bukan orang yang minat membaca. Dan aku tidak tahu dari mana, minat ini tiba-tiba hadir dalam diri. Aku bersyukur, Alhamdulillah, terima kasih Allah atas petunjuk yang diberikan ini.

' Semakin aku membaca, semakin aku sedar aku ini bodoh, tidak punya ilmu. Dan semakin aku membaca, ilmu semakin bertambah. Tahap kebodohan bukan lagi pada tahap yang lama ' 

Membaca, dengan membaca kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu kita mampu mencari makna kehidupan, maksud apa agama itu. Beza orang berilmu dengan orang tidak punya apa-apa dalam diri. Beza juga orang punya Iman dalam diri dengan orang tidak punya kepercayaan.

Ada banyak cara untuk kita mencari Ilmu. Ada banyak cara tetapi kita kerap mengabaikan cara yang banyak itu.

Kali ini, aku ingin fokuskan pada 1 cara iaitu membaca.

Mana-mana orang aku jumpa, orang yang lebih berilmu, pesanan untuk aku semuanya sama;

' Banyakkan membaca ' 

Berdepan dengan situasi yang sama hampir bertahun-tahun. Apa hati ini tiada rasa ingin berubah? 

Kerap kali berhadapan dengan persoalan hidup, masih tidak mampu memberi jawapan. Apa pertambahan umur ini tidak seiring dengan pertambahan ilmu? 

'The Unsung Hero' 

Sahabat yang memperkenalkan aku dengan budaya murni dan mulia ini. Dia beri kebebasan kepada aku untuk membaca apa sahaja karya. Tetapi dengan syarat, aku kena bersedia. Tiap kali aku mula membaca, aku bermohon pada Tuhan agar aku diberikan petunjuk. 

Budaya membaca ini bukan sesuatu yang baru buat aku dan juga kamu. Kita imbas kembali waktu zaman persekolahan. Mungkin zaman ada orang kata, zaman diperbodohkan. Zaman penjara. 

Projek Nilam. Ini adalah program rasmi sekolah. Bacalah seberapa banyak bahan bacaan yang ingin dibaca. Ringkaskan dan tulis dalam buku nilam. Akhir bulan, pembaca buku terbanyak akan dapat ganjaran atas usaha yang #superb itu. 

Aku bukan budak sekolah yang mendapat ganjaran pada setiap bulan. Buku nilam aku kosong. Kalau ada tulisan, hanya sekadar ringkasan tulisan yang ditulis di muka belakang buku yang mana buku itu aku tidak baca. 

Pembacaan membawa faedah dan pengetahuan tetapi hendaklah pembacaan itu dicapai dengan menyeluruh dan sebanyak yang mungkin. 

' Jika ilmu seseorang itu dinilai berdasarkan buku-buku yang dibacanya maka sudah pasti orang yang paling banyak membaca ialah orang yang paling berilmu '

#Ustaz

Aku bukan orang yang ahli dalam ilmu tafsir Al Quran. Sekadar aku kongsikan tulisan seorang ustaz dari buku yang aku baca.

Budaya membaca sememangnya digalakkan di dalam Al Quran berdasarkan firman Allah yang bermaksud;

' Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan '

Surah Al-Alaq : Ayat 1

Pesan dari orang bijak pandai lagi;

' Pemuda dan pemudi harus membanyakkan masa membaca buku dan membuat rujukan agar beroleh manfaat di dalam kehidupan mereka ' 

Dalam proses pembacaan ini, satu pesanan buat diri. Jangan kita Taksub. Sememangnya masalah taksub ini sudah terlalu lama merebak dan menjadi virus yang mendaging dalam manusia sejak zaman berzaman. Pelbagai ubat yang dibawa oleh orang bijak pandai untuk menghilangkan virus ini yang akhirnya berubah menjadi virus baru yang terus beranak-pinak. 

Sekarang, tahun 2015, Projek Iqra' yang membaca moto;

' Membaca Untuk Hidup ' 

Aku harap projek ini memberi kesan kepada diri aku. Supaya aku mencapai makna hidup ini. Dan semoga aku mendapat pengakhiran hidup yang bahagia seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Quran kepada orang yang beriman. 

Membaca kena selari denga menulis. Boleh juga berbincang. Atau dengan kata mudah berkongsi. 

Pertama, ilmu untuk diri kemudian harus disebar luas supaya memberi manfaat untuk semua. 

Pesanan terakhir, cari guru dan jangan pilih bulu. Takut nanti datang pula penyakit taksub dalam diri. 

Aku kongsikan buku yang bagi aku kesedaran selaku anak bangsa, Melayu. 

Pedagogi Bahasa Tertindas


Buku ini memberi hentakkan pada jiwa aku. Aku adalah kumpulan kedua yang terlibat dalam sistem pendidikan baru iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI. Dan kini ia telah dimansuhkan. 

Isu bahasa Melayu bukan tamat di situ. Masih jauh lagi perjalanan untuk melihat survival bahasa tanah air ini di negara sendiri. Jika pemimpin tidak percaya pada bahasa tanah air sendiri, bagaimana pula dengan rakyat jelata? 

'Entry' yang seterusnya InsyaAllah. Perlu banyyakan rujukan supaya ia kelihatan ilmiah. 

Maaf, kali ini aku hanya fokus kepada kesedaran. Jika kita sedar, kita tidak punya ilmu. Kita akan cari jalan untuk cari ilmu. 

Sekian, 

#AG



No comments:

Post a Comment