Sunday 23 August 2015

Pengantin & Kuali/Periuk

Di belakang tabir kisah pengantin yang kurang mendapat liputan umum. Ia hasil pemerhatian seorang lelaki bujang merangkap selaku adik ipar.

1. Perkahwinan di kampung masih menggunakan kaedah atau aktiviti rewang berbanding katering seperti di kawasan bandar. Masyarakat kampung suka akan aktiviti ini walaupun mereka tahu umur mereka kadang kala tidak mengizinkan.

2. Dahulu kala, dapur arang/kayu digunakan untuk memasak nasi dan lauk kenduri. Kini, dapur gas menjadi pilihan kerana lebih mudah. Disebabkan masalah ekonomi dan langkah penjimatan, kedua² kaedah digunakan.

3. Untuk pengetahuan, kesan penggunaan dapur arang/kayu terhadap belakang kuali dan periuk adalah lebih teruk berbanding dapur gas. Hitam dan kerak memang banyak jika mengguna dapur arang/kayu.

4. Pengantin diberi masa secukupnya untuk berseronok dihari bahagia mereka. Mereka di arak diiringi paluan kompang. Dihidangkan makanan yang sedap di meja pengantin serta direnjis minyak wangi di atas pelamin.

5. Selepas majlis kenduri, dengan niat, periuk dan kuali yang digunakan untuk memasak tidak dicuci oleh orang kampung (Rewang). Sengaja ditinggalkan untuk dicuci dan diusahakan oleh pengantin sehingga berkilat.

6.  Selepas solat Asar, pengantin akan mengambil tempat di belakang rumah. Sengaja ditinggalkan berdua untuk mereka bekerjasama menyental kuali dan periuk. Secara tidak langsung, ia akan menampakkan sisi rajin menantu kepada mertua. Hubungan antara pengantin juga akrab.

Pengantin akan menunggu dialog ini dari mertua;

' Amer, mari naik rumah. Sudah lah tu nak (anak) Esok sambung semula ' (Contoh)

Dialog ini adalah dialog keramat dari mertua. Buat semangat kepada pengantin. Mungkin itu dialog penghargaan pertama mertua kepada menantu.

7. Tugasan ini juga adalah penghargaan kepada warga kampung atas usaha mereka bekerja keras sepanjang kenduri kahwin. Hampir 2 hari mereka bekerja bagi memastikan tetamu dijamu dengan makanan yang enak.

8. Semua peralatan masak adalah milik orang kampung. Untuk itu, ia perlu dicuci dengan bersih sebelum dipulangkan dan diguna oleh orang lain selepas itu.

9. Menjadi kerugian kepada pengantin yang menggunakan katering untuk kenduri mereka. Pengantin tidak berpeluang melalui pengalaman indah ini. Mertua juga tidak dapat melihat skill menantunya. Huhuhu.

Sekadar cerita untuk diceritakan kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment