Thursday 22 October 2015

HAJI AMER GERRARD


Alhamdulillah, saya sudah ada akaun Tabung Haji.

Saya sedar, mungkin ini agak lewat berbanding orang lain. Kesedaran untuk membuka akaun Tabung Haji ini telah lama ada. Cuma tindakkan untuk membuka akaun belum sampai lagi. Pelbagai alasan dicari untuk mengagalkan usaha membuka akaun ini. Alasan sibuk kelas dan klinikal menjadi alasan sewaktu zaman Mahasiswa. Tidak mengapa, perkara yang lepas telah berlalu. Kini, saya sudah ada akaun Tabung Haji. Bolehlah saya mendapat pangkat Haji. Eh. 

TABUNG HAJI?

Persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran pembaca, ada apa dengan Tabung Haji? Persoalan ini juga hadir dalam diri saya, kenapa ramai orang simpan duit di Tabung Haji. Pertama, saya tahu, alasan paling fundamental/asas adalah untuk menunaikan haji. Saya masih tidak puas hati, mesti ada sebab lain yang menarik minat orang untuk simpan di Tabung Haji. Akhirnya, saya bertemu dengan jawapan yang saya inginkan. Saya juga pasti, ini adalah jawapan yang menarik minat orang menyimpan di Tabung Haji. 

Mengikut maklumat yang saya terima, Tabung Haji memberikan dividen tahunan purata 6% hingga 8%. Setakat yang saya tahu, dividen ini memang tinggi berbanding simpanan yang lain. Pernah dikatakan kepada saya, 

" Kenapa simpan di bank yang tidak memberi pulangan yang baik, sedangkan ada bank yang menawarkan keuntungan? "

ILMU 

Segalanya bermula dengan ilmu. Kita tidak akan tahu, jika kita tidak mula mencari ilmu. Kadang kala ia tidak perlu dicari, tetapi kita sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata dari mendengar dan membaca ilmu yang ada di depan kita. Saya percaya, ia bermula dengan kesedaran. Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir akan perkara ini. Bagi saya, cukup saya fokus dengan urusan akademik saya dengan tajaan biasiswa dari JPA. Saya mampu survive untuk 4-5 tahun. 

Bila saya sudah berhadapan dengan dunia realiti dan keluar dari zaman Mahasiswa, perkara ini sering hadir dalam benak minda saya. Saya pada awalnya terpaksa mengambil tahu, walaupun hati tetap tidak mahu memahami akan perkara ini. Alhamdulillah, tekanan dalam diri saya telah membuatkan saya untuk memecahkan kebodohan dalam diri ini. Lantas, bermula langkah saya ke dunia yang baru. 

HAJI 

Memandangkan saya sudah buka akaun Tabung Haji, perlu untuk saya daftar Haji. Haha. Jangan fikir dunia sangat sampai mengabaikan akhirat. InsyaAllah, bila cukup syarat untuk saya mendaftar, akan saya lakukan secepat yang mungkin. Waktu saya mendaftar nanti, saya yakin giliran saya pada tahun yang mustahil untuk saya hidup waktu itu. Sekurang-kurangnya saya sudah pasang hajat. Saya tidak menolak (Kebarangkalian sangat tinggi) untuk saya memotong giliran. Saya minta maaf. 

Sekian,

Amer Gerrard
Selasa
22 Oktober 2015
Tabung Haji Maju Junction
BUKU TABUNG HAJI SAYA








No comments:

Post a Comment