Thursday 2 April 2015

Apa Salah Usrah ?

Bismillah

Assalamualaikum dan hai

Alhamdulillah, syukur saya lafazkan, hayati dengan hati, gerakkan dengan amal.

USRAH!!!

Bila kali pertama kita mendengar perkataan usrah?

Saya datang dari latar belakang sekolah kebangsaan. Bagi mereka yang lahir dari produk sekolah agama, usrah adalah permainan mereka sejak zaman anak-anak lagi.

Saya bertemu perkataan ini bila kaki ini jejakkan di bumi UKM.

First impression (Kata orang Barat),

' Saya tidak faham apa fungsi usrah ini. Kenapa harus terlibat dalam usrah? Di UKM aku ingin belajar bidang aku '

Ada lagi tanggapan yang lebih negatif. Sengaja aku tutup dari penulisan ini.

Usrah sering di salah erti oleh manusia yang tidak pernah sertai atau masuk secara total dalam sistem ini.

Mereka memberikan kritikan hanya sekadar orang yang berada di luar sistem usrah ini.

Kata mereka,

' Usrah tempat menanam kebencian terhadap pihak tertentu. Doktrinisasi subur di dalam usrah. Akal fikiran dikongkong dari berfikir '

Seperti yang saya katakan, ada lagi tanggapan negatif yang lahir dari diri mereka. Sengaja saya tidak nyatakan.

Adakah benar usrah begitu fitrahnya?

Teruk sangatkah usrah ini?

Matlamat usrah untuk melahirkan orang yang punya jiwa penentang, berfikiran sempit?

Saya mohon maaf.

Tidak adil untuk menghukum sistem ini jika anda tidak pernah berada dalam sistem itu lagi.

Saya tidak menafikan. Di dalam usrah ada berlaku perkara yang berlegar sebagai persepsi itu.

Benar, saya tidak takut untuk membenarkan kenyataan itu.

Orang yang berada dalam usrah itu yang gagal untuk mewujudkan budaya murni usrah itu sendiri.

Sistem usrah tidak salah. Content atau isi kandungan yang diterapkan itu yang kadang kala tidak cukup syarat atau lari dari landasan yang sebenar.

Tapi, saya katakan bukan semua. Dan bukan majoriti usrah sebegitu rupanya. Banyak lagi contoh usrah yang terbaik untuk dijadikan contoh.

Saya menyeru dan mengajak. Pengkritik usrah untuk hadir dan daftarkan keahlian anda untuk sertai usrah.

Anda berada dalam sistem ini dahulu. Kemudian, buat penilaian anda.

Saya juga memberi amaran atau bahasa lebih lembut, memberi pesanan. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi jika kita tidak bersedia memberikan sumbangan dan pengorbanan.

Ruang legar perbincangan dalam usrah tidak akan saya sentuh kerana ia bergantung kepada tahap usrah itu.

Ada orang mampu berbicara soal falsafah, ekonomi, pemikiran-pemikiran yang sampai tahap saya juga tidak mengerti.

Ada orang hanya mampu berbicara soal akidah, ibadah, amar maaruf nahi mungkar.

Sedar. Ada orang, ada kemampuan yang berbeza dalam diri.

Tetapi, letakkan azam dalam diri. Supaya ada peningkatan yang berlaku dalam usrah.

Tahap usrah harus meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.

Sayang, jika usrah masih membicarakan tajuk yang sama sejak zaman anak-anak.

Peringatan, kurangkan berbicara soal baitul muslim dalam usrah.

Tulisan ini adalah hasil pemerhatian yang terbatas oleh penulis. Mohon maaf jika ada kesalahan.

Sekian,

Amer Gerrard


1 comment: